Anugerah Skrin 2011

Anugerah skrin 2011 punya berita? ok semalam best juga tengok tv3 kejap. Dalam Anugerah skrin tahun 2011 kali ini banyak di bolot oleh wajah baru. Mari kita tengok.

Pemenang anugerah skrin 2011



Pemenang anugerah skrin 2011 jika di lihat gambar di atas. Seorang wajah baru dalam bidang pengarahan drama yakni sabri yunus (tapi orang lama). Merangkul 4 trofi di anugerah skrin 2011. Rezeki beliau dengan drama sanggul beracun yang memenangi kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik Drama pada malam kemuncak di PWTC. Manakala Dua kategori lain dimenangi drama Sanggul Beracun ialah Lakon Televisyen (TV) Terbaik dan Videografi Terbaik.

Berita anugerah skrin 2011

Pelakon berkarakter, Eman Manan diumum Pelakon Lelaki Terbaik Drama melalui drama Janji Syurga, manakala Datin Umie Aida menepati ramalan ramai apabila membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama melalui Air Mata Nur Salina.

Suasana dewan bertukar sayu apabila Allahyarham Faizal Yusof yang kembali ke rahmatullah pada 1 Januari lalu, diumum Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama melalui drama, Jangan Hantar Aku Ke Neraka. Kategori wanita pula menjadi milik pelakon remaja, Elfira Loy menerusi drama Kum Kum.

Turut menyerlah dalam kategori drama ialah Fazli Daniel Ali yang diumumkan Artis Harapan Pantene melalui drama Yang Terpuji. Drama Rantaian Terbaik pula dimenangi Juvana siaran TV3, manakala Geng Surau terbitan Pena Creative Sdn Bhd dipilih sebagai Drama Komedi Terbaik.

Sementara itu, kategori filem pula menyaksikan produksi terbitan KRU Studios Sdn Bhd, Magika mengetepikan 28 filem lain untuk mengungguli kategori Filem Terbaik. Bagaimanapun, pengarahnya, Edry Abul Halim tewas kepada Osman Ali yang diumumkan Pengarah Terbaik melalui filem Cun.
Filem Cun turut membolot dua trofi lain iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Filem yang dimenangi Remy Ishak manakala Nadiya Nissa diumumkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem.

Eja pula memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem melalui filem Janin.

Aksi hebat pelakon veteran, Sidek Hussin dalam filem Karak arahan Yusry Abdul Halim memberi rezeki apabila Sidek diumumkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem. Pengarah filem Aku Tak Bodoh, Borris Boo pula memenangi kategori Lakon Layar Terbaik Filem.

ASK 2011 pula mengiktiraf pengarah muda, Shamsul Yusof yang juga anak karyawan filem, Datuk Yusof Haslam sebagai penerima Anugerah Yasmin Ahmad.

Trofi itu disampaikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang diiringi Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar.

Senarai pemenang trofi anugerah skrin 2011

Drama Terbaik - Sanggul Beracun
Pelakon Lelaki Terbaik Drama -Eman Manan (Janji Syurga)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Umie Aida (Air Mata Nur Salina)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku Ke Neraka)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Elfira Loy (Kum Kum)
Pengarah Terbaik Drama - Sabri Yunus
Artis Harapan Pantene - Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)
Drama Rantaian Terbaik - Juvana
Drama Komedi Terbaik - Geng Surau
Lakon TV Terbaik - Sanggul Beracun
Videografi Terbaik - Sanggul Beracun
Filem Terbaik - Magika
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Remy Ishak (Cun)
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Eja (Janin)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Sidek Hussin (Karak)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Nadiya Nissa (Cun)
Pengarah Terbaik Filem -Osman Ali (Cun)
Lakon Layar Terbaik Filem : Aku Tak Bodoh (Borris Boo)
Laporan Khas/Berita Terbaik : Buletin Utama (Pengemis Terhormat)
Rancangan Hiburan Terbaik : Maharaja Lawak Akhir
Rancangan Muzikal Terbaik : Shout Awards 2010
Rancangan Bual Bicara Terbaik : Selami Jiwa : Datuk Dr Fadzilah Kamsah

Sekian dulu ulasan semula sebuah pengiktirafan yang berlangsung semalam dan ucapan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam anugerah skrin bagi tahun 2011.
More aboutAnugerah Skrin 2011

Terengganu VS Negeri Sembilan -Final Piala Malaysia

2011 pulak? Keputusan final piala Malaysia ini di ambil dari akhbar tempatan yang aku ringkaskan dan tambah dengan video dan keputusan final yang best perlawanan Terengganu VS Negeri Sembilan (N9) yang berakhir semalam.

Keputusan Pemenang Piala Malaysia 2011 - Final Terengganu VS Negeri Sembilan

Negeri sembilan menjadi pemenang dalam liga super bagi tahun 2011 kali ini dengan menjaringkan gol 2-1 sekali gus menewaskan Terengganu (N9 vs Ganu).

Berita ulasan Final Piala Malaysia 2011

JARINGAN emas Hairuddin Omar membuktikan ia sudah cukup untuk membantu Negeri Sembilan menundukkan Terengganu 2-1 di pentas Final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi, sekali gus memastikan kejuaraan Piala Malaysia 2011 milik skuad Hobin Jang Hobin.

Selepas S Kunanlan memadam kelebihan awal Terengganu menerusi gol pembukaan Ashaari Shamsudin, Hai-O tampil menyambut hantaran lintang kapten Shukor Adan dengan sepakan libas menarik untuk menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee pada minit ke-85.
Selain dipilih selaku Pemain Terbaik Final, penyerang 32 tahun itu turut memenangi anugerah Kasut Emas apabila jaringan di final itu memberikannya gol peribadi kelapan dalam saingan tertua bola sepak negara.


Video Jaringan Negeri Sembilan 2011

Video: Video Jaringan Gol Piala Malaysia 2011


Gol cantik dari Hairudin Omar atau Hai-O dari negeri sembilan menjadi gol kemengangan dalam keseluruhan perlawanan itu. Satu sepakan yang begitu berbisa.

Maka sekian lah review simple untuk kemengan Terengganu VS Negeri Sembilan di mana kemenangan  dalam final piala malaysia 2011 kali ini milik bukan berpihak pada terengganu.


More aboutTerengganu VS Negeri Sembilan -Final Piala Malaysia