Aku seorang Blogger

Entri aku seorang blogger ini di tulis sekali gus menyertai kontest SEO seperti gambar di bawah.AKU SEORANG BLOGGER yang macam mana sebenarnya. Sepanjang aku merangka blog menggunakan blogger.com tak pernah pulak aku tulis teliti aku ni seorang blogger yang macam mana. Rasanya elok aku  buat entri ni untuk merapatkan lagi jurang silaturahim dengan blogger lain dan siapa jua la reader do blog ni.

Aku ingat kalo korang blogger baik join kontest ni sekali
Aku Seorang Blogger yang minat muzik
Muzik dan aku tak dapat di pisahkan. Isi dan kulit yang tak pernah terpisah. Hakikatnya kalo aku menyanyi suara sumbang. Kalo main drum lak serupa bunyinya mcm kompang yang koyak. Boleh eror halwa telinga mendengar. Tapi selain menulis blog, aku juga seorang yang tak pernah lekang dengan gitar. Tak petik gitar sehari tu tak sah la, rasa macam tak lengkap je hari yang aku lalui. Pemain gitar peberet pula seorang je iaitu joe wings. so bermakna AKU SEORANG BLOGGER seni la kan. Haha tak bleh blah. Ada juga lah aku share dan post berkaitan gitar sket kat blog ni. 

SEORANG BLOGGER yang suka google adsense
Kalo korang perasan kat blog aku ni cuma ada iklan google adsense je kan. Tapi kat blog member blogger lain rata-rata kesemuanya pasang iklan nuffnang dan advertlets je kan. Apa pun aku lebih suka Google adsense sebab lebih lumayan manfaatnya. Bukan bermakna aku ni seorang blogger yang mata duitan, tapi aku suka manfaatkan sesuatu tu apatah lagi percuma tanpa modal, dimana memerlukan sedikit usaha dan ilmu. Bab ilmu pula di internet ni apa ilmu pun ada kalau nak belajar percuma. Ilmu jadi seorang yang kebal je takde. sedikit antara post aku di blog ini adalah.

AKU SEORANG BLOGGER yang obses drifting
Drifting adalah hobi aku sekarang ni di samping blogging. Ianya juga cita-cita aku dari dulu untuk menjadi drifter. Akhirnya kini aku seorang drifter dah pun walaupun hanya menyertai competition di Malaysia sahaja. Bermula dengan tertarik dengan rupa kereta nissan cefiro a31 kerana rupanya yang begitu seksi pada mata aku, selain dari ciri-ciri vip dan besar yang ada padanya. Aku tengok kereta tu pun nampak agresif. Sampai la aku pun beli kereta tu. Tahun demi tahun aku pakai kereta tu boleh kata paling kurang aku ke workshop adalah 2 kali seminggu. Ada je aku nak buat, upgrade sana upgarde sini. Begitu juga dengan tayar. Parak duit aku. Tayar dah la size 225/40/18. Kalo baik punya jenis harga rata-rata RM500, kalo cikai-cikai punya pulak dalam RM100-150 2nd. Gandakan lah dengan 4 bijik / 2 minggu. Walalawei baru pasal tayar, belum lagi minyak dan lain-lain. Pendek cerita pada tahun 2010 je aku dah habiskan lebih 100k. Biasalah body besar semua kena besar, kocek pun kena besar. Fikir-fikir balik ngan kos tu, kalo aku buat kapal terbang siap boleh terbang dah. so aku pun bersederhana tukar kereta kepada ae86 untuk kegunaan aku drift kat track, timbul  sesalan kenapa tak pakai ae86 awal-awal lagi. walaupun ae86 harganya mahal, tapi maintenance dan upgrade dia easy.  Di bawah ada link kereta-kereta tu sekali dengan toturial drift, refer la kat situ ye

Aku Seorang kaki video
Menonton video menarik juga adalah satu hobi aku ketika online sama ada time blogwalking dengan blogger lain atau sedang merangka entri baru blog ni. Sekarang ni pun [ tengah menulis entri ], sambil-sambil tu aku tengah tengok video yang popular sekarang ni iaitu KL gangster [ buat kali ke-2 tengok sebab best ]. Aku bagi sket sinopsis filem KL gangster ni, Filem arahan syamsul yosuf ni mengisahkan tentang seorang bekas gangster yang di segani dan bernama besar di Kuala Lumpur yang telah di aniaya dan masuk ke penjara selama 5 tahun [ aaron aziz ]. Dan keluar dari penjara dengan azam baru nak berubah jadi baik. Tapi bila dah menyertai kongsi gelap biasalah, banyak sangat dugaan nya. So nak tengok filem KL gangster online tonton kat [ sini ].

Aku Seorang Blogger zero
pada Aku Seorang Blogger yang berkualiti tidak semestinya popular, tapi blog yang popular selalunya hasil penulisan seorang blogger berkualiti. Aku suka membaca blog sesorang itu jika ianya banyak memberi input berbanding blog hasil penulisan seorang blogger yang bersahaja update blog.

Aku seorang blogger yang zero, di mana perkataan url  pun aku tak tahu menatang apa. Apatah lagi koding-koding.  Jauh sekali untuk SEO dengan Google . Tapi seperti aku kata, di internet ni kita tak berseorangan kalo ilmu yang kita cari. Hingga la 'aku seorang blogger' sekarang ni dengan bantuan Google mencarikan aku info ke entri blogger-blogger yang banyak memberikan input. Thanks to Google dan blogger lain .

Jika korang mahu jadi seorang blogger, buat lah blog dengan menggunakan platform blogger dan seterusnya bina la ilmu dan blog tu dengan bantuan Google.


Ini la aku, seorang blogger biasa-biasa

p.s : Semoga entri panjang bertajuk Aku Seorang Blogger Ini berada juga la di Google . Jika takde takpe, kita tahu dan cari kesilapannya di mana. Ilmu dan improve tu lebih penting. 

Keyword yang aku pilih dalam kontest ini adalah AKU SEORANG BLOGGER di jayakan oleh pihak di bawah :-

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog“.

Sekian dari Aku Seorang Blogger,

Aku Seorang Blogger |  Kontest Blogger 2011 



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment